Friday 30 January 2009

Kuliah Suboh Ustaz Hj.Hambali





Kitab : Bahrul Maazi Jld.8

Bab : Janaaiz

Tajuk : Bacaan Doa Ketika Mengziarahi Orang Sakit Atau orang mati.

Antara Isi Kuliah:
Sunat kita membaca doa ketika menziarahi orang sakit atau menziarahi kematian saudara kita. Selain itu juga percakapan kita hendaklah yang baik-baik belaka kerana ketika itu para malaikat sentiasa bersama dengan saudara kita yang sedang sakit. Setiap kalimah doa kita akan diaminkan oleh para malaikat.

Hadis yang berkaitan adalah riwayat isteri Nabi saw Ummu Salamah ra. Hadis dikeluarkan oleh Imam Tarmizi juga hadis sokongan dari Imam Muslim. Kedua-duanya adalah hadis yang sohih.
Mukaddimah sebelum bacaan kitab adalah berkaitan Yahudi dan Syiah mengenai Presiden Iran Ahmedinejad yang berketurunan Yahudi. Lanjut Sila lihat http://hambalialorstari.blogspot.com/




Wallahualam
P/S : Pihak surau mengucapkan terima kasih atas kehadiran YB Paroi bersama ahli jemaah