Thursday 13 November 2008

Tenaga Pengajar Keluar 40 Hari


DiMaklumkan bahawa seorang dari tenaga pengajar Surau Al-Amin Ustaz Hj.Hambali akan keluar 40 Hari bermula pada 15 Nov 2008 ini. Kuliah yang beliau kendalikan akan di batalkan untuk sementara waktu sehingga beliau pulang pada awal tahun hadapan. Ketika ini beliau mengajar 2 kali seminggu iaitu Kuliah Maghrib pada hari Selasa dan Kuliah Suboh pada hari Sabtu.


Beliau akan berangkat keluar ke Padang, Indonesia pada minggu hadapan. Dalam pada menuggu tarikh sebenar, beliau akan berada di Markaz Tabligh di Seri Petaling. Beliau memohon agar semua kenalan berdoa atas pemergian beliau.


Sila maklumkan kepada kenalan setempat berkaitan pembatalan sementara kuliah-kuliah berkenaan.


Wasallam.

Wali Pernikahan Anak Zina


Seorang telah menelefon saya pagi tadi ( 10 Nov 2008 ) bertanyakan kedudukan wali bagi anak luar nikah( tidak sah taraf )


Persoalan Pertama


Soalannya:-


Bagaimana kedudukan seorang abang sulong yang telah kematian bapanya untuk menjadi wali kepada adek perempuannya sedangkan beliau adalah anak luar nikah?


Jawapan :


Anak luar nikah tidak boleh menjadi wali kepada adek perempuanya atau saudara perempuannya. Ini disebabkan kedudukannya sebagai anak luar nikah tidak berhak baginya menikahkan adek-adeknya. Sekiranya ini berlaku maka pernikahan itu tidak sah dan dikira sebagai ‘Nikah Fasid’. Walau bagaimanapun pihak keluarga berkenaan bolehlah meminta pihak berkuasa agama setempat sebagai ‘Wali Hakim’ menikahkannya atau pun saudara lelaki yang lain yang sah taraf untuk menikahkanya.


Persoalan Kedua


Soalannya:-


Ada seorang wanita hamil sebab berzina dengan seorang lelaki. Kemudian keluarga wanita berkenaan menuntut agar lelaki berkenaan bertanggung jawab dan menikahi wanita tersebut. Akhirnya keduanya menikah. Seandainya wanita tadi melahirkan anak perempuan (hasil zina )bolehkah suaminya menikahkan anak perempuan tersebut?Jawapan:-Lelaki berkenaan tidak boleh menikahkan anak perempuan tersebut kerana ianya adalah anak luar nikah miski pun ia telah berkahwin dengan ibunya. Pernikahan hanya sah bila dinikahkan oleh pihak berkuasa agama setempat atau ‘Wali Hakim”.Sumber : Kitab Al-Bajuri juz II halaman 106 dan 111.

Posted by Hambalialorstari at 4:07 PM

WANITA DAN AURAT


Masyarakat kita di akhir-akhir ini persoalan menutup aurat telah tidak dititik beratkan dan rata-rata kita melihat bahawa mereka-mereka yang menutup aurat pun menutupnya dengan tidak sempurna. Ada yang mengenakan mini telekong yang terlalu “mini” sehingga jelas kelihatan rambutnya yang melepasi tudongnya yang singkat itu. Ada pula yang mengenakan tudong yang terlalu jarang sehingga jelas kelihatan rambut walau pun telah ditutup. Terkadang-kadang menutup namun masih kelihatan anak-anak rambut di panggal dahinya. Mungkin ini disebabkan ‘trend’ tudong kepala yang di pakai oleh selebriti dan artis tempatan menjadi ikutan wanita hari ini. Semua ini tidak sempurna dan wanita berkenaan masih berdosa kerana dikira tidak menutupi auratnya.Aisyah ra meriwayatkan ,” Semoga Allah merahmati para wanita muhajir yang awal ( dari Mekah ke Madinah) ketika Allah merunkan wahyu “… Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung mereka ke dada-dada mereka …” lalu mereka menggunting kain-kain tebal mereka ,lalu mereka berpurdah dengannya.” ( Abu Daud )Pada peringkat awal ada hukum agar wanita-wanita menyembunyikan perhiasan mereka kecuali apa-apa yang memang terlihat. Kemudian datang hukum:“… Wal yadribna bi khumurihinna ‘ala juyubihinna…” ( An-Nur Ayat 30 )“…Dan hendaklah mereka munutup kain kerudung mereka ke dada-dada mereka…”Mengenai hal ini Aisyah ra berkata, “ ketika ayat ini diturunkan, maka para wanita Muhajirin lansung memotong kain-kain tebal mereka menjadi dua bahagian.” Kedua helai kain ini secara syariat tidak hanya menutupi kepala sahaja tetapi juga menutupinya sampai ke leher dan dada-dada mereka. Perintah ini adalah perintah yang lazim dan kuat.Sesetengah ahli tafsir menulis bahawa pada zaman jahiliyah, telah menjadi kebiasaan bagi wanita mereka akan menutup kepala mereka dengan dua helai kain dan dua helai kain lagi di badan mereka. Sebaliknya bagi kaum Muslimin diperintahkan untk menutup kepala mereka serta di labuhkan menutupi dada-dada mereka. Atas sebab ini bila turun ayat di atas mereka memotong kain-kain tebal mereka dan menutupi aurat mereka bersesuaian dengan ayat tersebut.Persoalannya mengapa dengan kain tebal? Kerana kain-kain yang nipis tidak dapat menutupi kepala dan dada dengan sempurna. Ini di sabitkan juga oleh sabdaan Nabi dalam menasihiti sahabatnya Dihyah bin Khalifah ra.Dihyah bin Khalifah ra meriwayatkan, “ Telah datang hadiah kepada Rasulullah saw berupa kain-kain nipis dari Mesir. Kain itu diberikan kepada saya. Beliau bersabda, “ potong lah kain ini menjadi dua bahagian, satu bahagian untuk jubahmu dan satu bahagian lagi kamu berikan untuk isterimu, agar ia melipatnya menjadi dua untuk kain krudungnya.”Aku membawa kain tersebut, ketika aku beredar, beliau saw bersabda, “ Perintah kepada isterimu agar ia menambah kain di bawahnya agar anggota tuboh tidaknya tidak terlihat.” ( Abu Daud )Pada ketika yang lain datang Hafsah binti Abd.rahman bin Abu Bakar ra ke hadapan Aisyah ra pada ketika itu Hafsah memakai kain krudung yang nipis. Aisyah kemudianya menanggalkannya dan mengantikan dengan kain yang lebih tebal. ( Muwatho’ Imam Maliki )Dari penjelasan di atas, ‘trend’ bertudung yang ada sekarang memang jelas bertentangan dengan apa yang telah di fardhu kan bagi wanita memakainya. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan dosa ke atas mereka serta menyebabkan fitnah kepada mereka sendiri juag akan mengundang asbab kepada maksiat yang lebih besar. Nasihatkan kepada isteri, anak-anak serta saudara perempuan kita agar menghindari perbuatan sedemikian dan kembali kepada budaya bertudung yang lebih sempurna. Wallahu Alam
Posted by Hambalialorstari at 3:04 PM

Kuliah Mingguan Ulama Negeri Sembilan


Alhamdulillah dengan izin Allah swt. Surau Al-Amin Tmn Rose Mewah / Cempaka 2 telah dapat menjemput Ulama tersohor di Negeri Sembilan. Syeikh Fuad Al-Maliki telah memulakan kuliah berkitab dari kitab karangan beliau di surau ini pada malam tadi Khamis 13 Nov. 2008. Kehadiran begitu memberansangkan.


Beliau akan memulakan kuliah ini setiap dua minggu sekali. Kepada penduduk setempat diminta mengwar-warkan program Majlis Ilmu ini.


Kehadiran kita bersama akan menambah ilmu dan juga perbekalan kita di akhirat nanti.