Monday, 2 August 2010

Nilai Sebuah Pengurbanan


Berikut di kongsikan bersama isi kuliah maghrib Ustaz Hj Hambali pada 23 Julai 2010-Surau Ibn Khaldun,Taman Lavendar Height.

Kata Ustaz Hj Hambali,antara tempat yang mustajab untuk kita berdoa ketika di Mekah adalah di :
1. Padang Arafah (ketika wukuf)
2. Telaga zam zam
3. Multazam (kawasan di antara Hajarul Aswad dengan pintu Kaabah)
4. Makam Ibrahim
5. Hijr Ismail
6. Bukit Sofa
7. Bukit Marwa

1.Kisah Makbulnya Doa Di Padang Arafah.

Sesetengah jemaah pada zaman dahulu,yang ingin menunaikan haji datang ke Mekah dengan berjalan kaki.Di antara tertib jemaah ini,sekiranya mereka menjumpai 1 kumpulan penduduk di pertengahan jalan,mereka akan menjalankan usaha dakwah kepada penduduk berkenaan.Jika penduduk berkenaan masih belum memeluk Islam,maka mereka akan di dakwah kepada Islam.Bagi penduduk yang sudah memeluk Islam,mereka akan di ajak bersama sama untuk melakukan ibadah haji jika berkemampuan.

Selanjutnya,setelah jemaah ini selesai menjalankan ibadah haji nanti,dalam perjalanan pulang mereka akan melalui jalan yang sama mereka lalui ketika mereka pergi.Dalam perjalanan pulang itu juga,mereka akan melihat perkembangan usaha dakwah yang mereka telah lakukan sebelumnya.Dan mereka akan menyambuh usaha dakwah mereka kala itu.

Maka ada satu jemaah yang besar yang di ketuai oleh seorang Ulama bernama Sheikh Abdullah al Andalusi bersama dengan anak muridnya,turut ingin menunaikan ibadah haji.Rombongan ini adalah jemaah yang berjalan kaki untuk ke Mekah.Sampai di satu kawasan kampung,rombongan Sheikh Abdullah al Andalusi telah bertemu dengan sebuah rumah seorang kristian yang membela babi.Sheikh Abdullah al Andalusi berfikir mengapa agaknya orang berkenaan membela babi.Selepas dari itu,tidak jauh dari rumah berkenaan,rombongan Sheikh Abdullah al Andalusi berjumpa pula dengan seorang wanita yang sungguh cantik.Tidak semena mena Sheikh Abdullah al Andalusi telah jatuh hati dengan wanita tersebut.

Lalu,selepas melihat wanita tersebut,Sheikh Abdullah al Andalusi telah bertanyakan pada wanita tersebut di manakah dan dengan siapakah dia tinggal.Lalu wanita berkenaan pun menunjukkan kepada Sheikh Abdullah al Andalusi rumah keluarganya.Rupa-rupanya wanita berkenaan adalah anak lelaki kristian yang membela babi tadi.Lalu Sheikh Abdullah al Andalusi pun menyatakan hasrat kepada lelaki kristian tersebut untuk menikahi anaknya itu.Lelaki berkenaan telah meletakkan syarat kepada Sheikh Abdullah al Andalusi ,sekiranya beliau ingin mengahwini anaknya,Sheikh Abdullah al Andalusi perlulah menukar agamanya kepada Kristian dan bersedia membela babi ternakkannya itu.Di pendekkan cerita Sheikh Abdullah al Andalusi pun bersetuju dengan kedua dua syarat berkenaan.

Perihal anak anak muridnya yang turut sama dalam rombongan haji berkenaan,mereka amat terkejut dengan peristiwa/kejadian yang menimpa Sheikh Abdullah al Andalusi.Mereka amat bersedih kerana Sheikh Abdullah al Andalusi tidak berjaya mereka nasihati walaupun pelbagai usaha telah mereka lakukan.Di sebabkan pada perkiraan mereka,Hari wukuf telah hampir tiba,rombongan berkenaan pun bergegas meneruskan perjalanan mereka dan tinggallah Sheikh Abdullah al Andalusi di kampung berkenaan.Dengan keadaan yang sedih mereka meninggalkan guru mereka.

Tiba sahaja musim haji,rombongan berkenaan pun mulalah masuk ke Padang Arafah untuk melakukan ibadah wukuf.Di sana mereka telah berdoa bersungguh sungguh ke Hadrat Illahi agar Allah SWT memelihara Sheikh Abdullah al Andalusi dari fitnah yang sedang di lalui beliau.Mereka berdoa sambil menangis mengenangkan nasib guru mereka itu.Doa mereka agar Sheikh Abdullah al Andalusi dapat sedar dari kesilapannya dan kembali bersama mereka ketika mereka pulang nanti.

Ternyata,doa yang mereka panjatkan dengan bersungguh-sungguh di Arafah di tunaikan oleh Allah SWT.Dalam perjalanan pulang,apabila mereka melalui kembali kampung tempat Sheikh Abdullah al Andalusi tinggal bersama isterinya,mereka telah berusaha untuk menasihati guru mereka agar Sheikh Abdullah al Andalusi kembali kepada agama Islam.Di ringkaskan cerita, Sheikh Abdullah al Andalusi pun kembali memeluk Islam dengan Hidayah dan RahmatNya.

2.Doa Siti Hajar

......di sebalik kisah dakwah Nabi Ibrahim.

Antara yang menjadi destinasi Nabi Ibrahim ketika menjalankan dakwah adalah di bumi Mesir.Di sebabkan Raja Mesir melihat peribadi Nabi Ibrahim yang amat terpuji,Raja Mesir telah menghadiahkan seorang wanita bernama Siti Hajar kepada Nabi Ibrahim.Tujuan hadiah berkenaan adalah bagi membolehkan Siti Hajar membantu tugas isteri Baginda,Siti Sarah dalam tugas harian.Setibanya di Baitul Maqdis,Nabi Ibrahim telah membebaskan Siti Hajar dan menjadikannya sebagai isteri.

Dari perkhawinan dengan Siti Hajar,Nabi Ibrahim pun telah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Ismail (kemudian di lantik menjadi Nabi).

"Terang Ustaz Haji Hambali,perkhawinan kedua antara Nabi Ibrahim dengan Siti Hajar,adalah atas dasar risaunya Nabi Ibrahim.Kerana ketika itu Nabi Ibrahim sudah agak berumur dan perkhawinan Baginda dengan Siti Sarah belum di kurniakan lagi dengan sebarang cahaya mata.Baginda sedar,dari zuriat keturunannya nanti akan lahir seorang lelaki yang kelak akan menjadi Penghulu segala Nabi.Atas kesedaran atas tanggungjawabnya itulah,
Nabi Ibrahim mengahwini Siti Hajar."

Lalu amat kepalang gembiranya Nabi Ibrahim setelah di kurniakan anak lelaki.Setelah sekian lama berkhawin dan tidak di kurniakan sebarang zuriat,maka dengan lahirnya Ismail (kemudian menjadi Nabi) maka bertambah cerialah kehidupan Baginda sekeluarga.Keceriaan itu tiba-tiba di sambut dengan satu arahan dari Allah SWT memerintahkan Baginda menghantar Siti Hajar dan anaknya ke Mekah.

Lalu tanpa soal bicara Nabi Ibrahim pun membawalah Siti Hajar dan Ismail ke Mekah,sebuah bumi yang terlalu gersang.

.....erti sebuah keimanan.

Mendengar sahaja berita bahawa suaminya akan membawa mereka ke Mekah,bertanyalah Siti Hajar adakah itu arahan dari Allah.Bila Nabi Ibrahim mengiakan,maka tanpa banyak bicara,Siti Hajar terus sahaja menurut sahaja perintah Nabi Ibrahim dan menyatakan sesungguhnya tidak akan sia sia melakukan perkara yang telah di perintahkan oleh Allah SWT.

Sampai sahaja di Mekah,lebih tepatnya di sebelah Baitullah yang asasnya telah di letakkan oleh Nabi Adam,Nabi Ibrahim pun mendirikan khemah untuk isteri dan anaknya.

Mekah yang ketika itu adalah bumi yang penuh gersang.Hanya menjadi persimpangan pedagang/musafir dari utara (Iraq) untuk ke selatan (Yaman),begitu juga rombongan dari timur untuk ke barat (Syam).Hanya menjadi laluan persimpangan tanpa mereka singgah barang sebentar.

Lalu Nabi Ibrahim pun meninggalkan Siti Hajar dan anaknya di bumi Mekah untuk pulang semula ke bumi Baitul Maqdis.Sebelum bertolak pulang,Nabi Ibrahim telah meninggalkan bersama sama Siti Hajar dan anaknya sebuah uncang kurma dan sebuah bekas air.

"Ustaz Haji Hambali menerangkan,maksud Nabi Ibrahim meninggalkan bersama sama Siti Hajar dan anaknya sebuah uncang kurma dan sebuah bekas air adalah sebagai tanda di tinggalkan bersama mereka
keImanan kepada Allah.Ustaz Haji Hambali juga memberi nasihat agar melatih isteri kita agar dapat meniru semangat kental yang di miliki oleh Siti Hajar."

.....kentalnya semangat dakwah Nabi Ibrahim.

Apabila Nabi Ibrahim mula bergerak meninggalkan keluarganya,hatinya amat kuat untuk menoleh kebelakang melihat hal keadaan keluarga yang ditinggalkannya.Tapi itu semua di gagahi demi tidak melunturkan semangatnya.Namun apabila sampai di satu kawasan,Nabi Ibrahim menoleh juga ke belakang dan didapati khemah yang ditinggalkan tadi hanya sayup sayup kelihatan.Maka Nabi Ibrahim pun menadah tangan dan berdoa :

"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur." (surah Ibrahim : 37)

"Kata Ustaz Haji Hambali,antara tertib ketika berdoa ke Hadrat Illahi adalah dengan menceritakan kepadaNya suasana sebenar apa yang kita tempuhi dengan penuh rendah diri dan mengharapkan bantuanNya
dan dengan penuh rasa mengAgongkanNya."

.....berkat di Sofa dan Marwa.

Maka tinggallah Siti Hajar dua beranak di lembah gersang itu.

Sampai di suatu ketika,bekalan makanan yang mereka bawa telah habis.Maka Siti Hajar berlari lari anak berulang alik dari Bukit Safa ke Bukit Marwa hanya untuk berusaha mencari sebarang makanan ataupun minuman bagi menghilangkan kelaparan anaknya.Setelah tujuh kali berulang alik,tiada satu pun makanan atau pun minuman yang Siti Hajar temui.Lalu Siti Hajar pun berdoa ke Hadrat Illahi agar Allah membantu mereka di kala mereka sebatang kara di tengah tengah padang pasir itu.Lalu,di sebabkan Allah SWT suka akan usaha dan amal Siti Hajar ketika itu,maka Allah syariatkan Saie (berulang alik dari Safa ke Marwa sebanyak 7 kali) sebagai salah rukun Haji.

....Simbol dakwah pada Telaga zam zam.

Selepas dari selesai berdoa,apabila Siti Hajar kembali di tempat anaknya Ismail di tinggalkan.Setibanya pada tempat berkenaan,Siti Hajar dapati ada mata air keluar di sisi Ismail.Lantas Siti Hajar mengepung air tadi lalu di jadikan sumber minuman dan ianya kekal sehingga kini.
"Kata Ustaz Haji Hambali,telaga zam zam adalah lambang :
1. Taatnya seorang isteri (Siti Hajar) terhadap perintah Allah.
2. Taatnya seorang isteri (Siti Hajar) terhadap perintah Allah.
3. Kesan pengorbanan Nabi Ibrahim dan keluarga dalam jalan dakwah."

.....Istimewanya Air zam zam.

Awal 80-an,ada seorang warga Perancis mengatakan air zam zam adalah air kumbahan dan tercemar di sebabkan Mekah terletak di lembah.Lalu pada teorinya,sumber air dari kawasan tinggi akan berkumpul di lembah dan itulah sumber air zam zam.

Tapi atas rasa tanggungjawab,Raja Al Malik Fahd telah memanggil ramai saintis dan penyelidik untuk membuat kajian tentang kewujudan dan kualiti air zam zam.Mereka semua sepakat dengan hujah mereka bahawa air zam zam adalah sumber air paling bersih dalam dunia.

Nota Tambahan.

Kata Ustaz Hj Hambali lagi,

Nabi SAW janji 5 jenis doa yang akan di makbulkan iaitu :
1.Orang yang kena zalim.
2.Doa orang yang balik dari menunaikan Haji.
3.Doa tatkala rombongan pulang dari jihad.
4.Doa orang yang sakit saat dia hampir sembuh.
5.Doa kebaikan seorang saudara ke atas saudaranya yang lain ketika saudaranya itu tidak mengetahuinya.

pada hadith yang lain,
antara doa yang di makbulkan juga adalah :
1.Doa seorang yang berpuasa sehinggalah dia berbuka.
2.Doa seorang yang di zalimi.
3.Doa pemimpin yang adil.

Moga perkongsian dapat mencerahkan pemahaman kita tentang amal dan ibadah.
InsyaAllah....

( Petikan dari blog http://whitewakgreen.blogspot.com/)

No comments: