Sunday 29 July 2012





Oleh: Adli Zakuan Zairakithnaini (Koordinator Meja ASEAN, GPM)
Penghapusan kaum yang berlaku di Wilayah Arakan, Myanmar terhadap etnik Rohingya bukan lagi satu perkara yang tersirat dari mata dunia. Pembunuhan, penculikan, kecurian dan pemerkosaan adalah sebahagian daripada bentuk jenayah yang dibiarkan berleluasa oleh pihak berkuasa di sana. Saban hari kita mendengar pelbagai penganiayaan dikenakan terhadap kaum ini. Krisis ini menjadi semakin parah pada hujung minggu lalu apabila etnik minoriti ini diberitakan mengalami kekurangan makanan dan dilanda kebuluran.
Global Peace Mission (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengambil inisiatif untuk menghantar misi bantuan yang pertama malalui Yangon, Myanmar pada 11 Julai 2012. Misi ini bertujuan untuk mendapat gambaran menyeluruh berkenaan kejadian di Arakan dan membina jaringan bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan untuk misi berikutnya.
Hasil perbincangan dengan beberapa NGO di Myanmar, beberapa aspek yang merangkumi sejarah, sosial, perundangan dan juga bukti-bukti kukuh menunjukkan terdapat satu usaha penghapusan kaum di Wilayah Arakan. Dengan berkuatkuasanya Undang-undang Kerakyatan Myanmar 1982 mengukuhkan lagi kenyataan ini di mana di antara 135 kaum yang diiktiraf pemerintah, etnik Rohingya tidak termasuk di dalamnya.
GPM bekerjasama dengan NGO-NGO tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan Myanmar yang telah menghantar dan mengedarkan bantuan kemanusiaan sebanyak 2 kali ke 3 bandar utama kepada mereka yang terkesan daripada tragedi kali ini terutama etnik Rohingya yang kebanyakannya kehilangan tempat tinggal dan mata pencarian. Namun begitu, masih terdapat sekurang-kurangnya 100,000 mangsa yang lain yang kini hidup dikawasan hutan tebal dan pergunungan bagi mengelak dari terbunuh.
Bagi memenuhi sasaran, GPM dan ABIM dengan kerjasama Union of NGOs’ of Islamic World (UNIW) yang berpusat di Istanbul, Turki telah melancarkan Kempen RM200 Satu Keluarga terdiri dari lima orang dan mensasarkan sebanyak RM 1 juta bagi mempersiapkan 5 bahan asas keperluan yang terdiri daripada beras, tepung, minyak masak, susu dan kacang dhal yang bakal dimanfaatkan oleh 25,000 mangsa di sana. Selain bantuan kemanusiaan, GPM dan ABIM telah merangka beberapa perancangan strategik termasuk untuk mewujudkan pejabat pengurusan di Yangon bagi melicinkan operasi penyaluran bantuan yang disalurkan oleh mana-mana individu atau pertubuhan di Malaysia.
Tabung Ifthar Ramadhan Rohingya
Melihat pada situasi di Wilayah Arakan yang serius, ditambah dengan hujan yang berpanjangan, pastinya kaum etnik Rohingya yang tertindas terpaksa berdepan dengan keadaan sukar dalam menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan. Maka, adalah amat diharapkan agar kita dapat mengumpulkan dana secepat yang mungkin agar dapat membantu meringankan beban yang mereka tanggungi.

Sunday 22 July 2012

GAMBAR SEKITAR PROGRAM 'JOM BUAT BISKUT RAYA'



Thursday 19 July 2012

GAMBAR SEKITAR PROGRAM 300 MINIT UNTUK REMAJA





Tuesday 17 July 2012

Jika Kamu Tahu Ganjaran. . . .



Sabda Nabi saw," Jika seoarang itu tahu ganjaran solat Suboh Berjemaah maka pasti ia akan mendatanginya walau pun terpaksa merangkak" (Mahfum Hadis)

Thursday 12 July 2012

Selamat Menyambut Ramadhan 1433



Pengerusi Dan AJK Surau Al-Amin Mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak. Semoga Ramadhan Tahun Ini Menjadi Penyebab Kepada Amalan Taqwa Sepanjang Tahun. Amin

"Sajak Lama Penasihat Surau"

Ramadhan Di Station 1433

Gerabak “Sinaran Ramadhon” telah pun singgah di station 1433
Ianya di sambut mesra oleh penumpang
Yang menunggunya setelah berlalu “Sinaran Rejab”
Juga telah berlalu “Sinaran Sya’ban”

Indah dan cantik sekali hiasan station ini
Lampu neon dan bunga-bungaan memenohi setiap ruang
Bau semerbak kasturi di setiap sudut

Pelayannya yang cantik dengan pakaian indah
Beramah mesra dangan senyuman
Turun menjamu dengan juadah “Keampunan”
Mengagihkan hemper “kerahiman”
Menghulurkan sijil “Kebebasan”

Tergelak aku melihat sikecil . . .
Girang ketawa dengan mulut penuh Juadah “Kerahiman”
Tersenyum aku melihat situa. . . .
Mendukung Hemper “Keampunan” dengan senyum kepuasan
Tersipu aku melihat gadis pingitan . . . .
Bergambar kegirangan pamirkan Sijil “kebebasan” di tangan.

Kini di penghujung acara . . . .
Mencari pemenang cabutan bertuah. . .
“Lailatul Qadar”

Namun di sudut seberang sana
Kelihatan Sirambut Beruban kelaparan
Anak Muda Punk kedahagaan
Gadis Ranggi kesejukan

Apakah kita akan biarkan mereka
Dengan kelaparan berpanjangan ?
Dengan kedahagaan berterusan ?
Dengan kesejukan ke Tulang Hitam ?

Demi Tuhan,
Kasihanilah mereka
Pimpinlah mereka
Bersama menikmati dan memiliki
Juadah “kerahiman”
Hemper “Keampunan”
Juga Sijil “Kebebasan”
Sebelum Gerabak ini berlalu pergi.

Agar kita menjadi pemenang . . .
Cabutan bertuah yang dijanjikan.

Ilham:
Al-Alorstari : Saat melelapkan mata ketika Iktikaf (1430)