Monday 11 February 2013

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H / 2013

Sambutan Maulidur Rasul 1434H telah berjaya dilaksanakan pada 27 Januari 2013 yang lalu. Sambutan bermula dengan majlis perarakan pada pukul 5.00 petang. Perarakan ini diserikan lagi dengan pemakaian baju Melayu yang seragam oleh semua ahli jawatankuasa surau. Pada sebelah malam pula, selepas solat maghrib telah diadakan ceramah yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Halim Din. Sebelum itu, majlis telah diperdengarkan dendangan qasidah yang disampaikan oleh kumpulan qasidah yang diundang khas dari Taman Seri Pagi. 










No comments: